CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 12, 2012

Hukum Berfesyen

Assalamualaikum, Hai2..welcome back~
I've been wandering around youtube today and was just thinking about fashion that some people especially the ladies adore to play around with their own creativity and the modern trends.
But these things, we as muslims need to ensure that it does not go against the religion or prohibited by the religion..we need to wear as a muslims, a religion not only beautiful but also full of politeness/courteous,and grace..nevertheless, whats more important is that it's ok to wear any kind of way you want..as long they cover what we need to cover..wearing a hijab/selendang/tudung that covers the aurat are better than not wearing at all ;)
Then now byk plak isu kes psl fesyen ikot rahib..pulakkk..-.-
so mcmne? boleh ke x boleh? ce citer..cmne ye? for me it depends on niat..as long our niat or nawaitu, does not to follow sesuatu kaum atau agama yg lain then its ok..so alang2 kt youtube, i found these videos from our famous ustaz-ustaz that will talk about these issue..

Hukum Fesyen by Dr Zaharuddin
(Part1)


(Part2)


Ustaz Azhar Idrus



Funny Ustaz Zulkifli


* nak byk kan koleksi selendang..mari bshopping~!! =D *

Saturday, September 17, 2011

Sifat Ithar & Pentingkan Diri

Assalamualaikum, just to share an article with all, who ever read this blog (might be no one) but cares..i dont..hehe..as long i got this post that can also remind me whenever i read through my blogs for clean up..ngeh3 :p lalala~ ok, lets gooo~


Today the topic is about "SELFISHNESS"

-------------------

Kita telah menyaksikan keteguhan ikatan persaudaraan dan kesatuan antara setengah2 orang-orang Mukmin. Walaupun diri mereka sendiri dalam kesukaran, namun mereka tetap mengutamakan kepentingan dan kemudahan saudara-saudara mereka, hinggakan sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri, lantaran terlalu mendalam rasa kasih dan cinta sesama mereka yang pastinya berpaksikan keimanan kepada Allah. Inilah sebenarnya yang dikatakan sebagai “ithar”, iaitu tingkatan tertinggi dalam ukhuwah Islamiah.
Apakah itharIthar bermaksud mengutamakan orang lain sewaktu diri sendiri menghajatkan sesuatu keperluan. Ithar adalah suatu sifat yang mulia, juga sifat yang telah disebutkan dalam sebuah hadis sahih, daripada Anas bin Malik radiallahuanhu, yang mana Rasullullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."
(Riwayat Bukhari)
Dalam hadis tersebut, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah menegaskan bahawa iman seseorang Muslim itu akan sempurna apabila ia mendahulukan keperluan orang Islam yang lain lebih daripada untuk dirinya sendiri. Jika sifat ini benar-benar wujud dalam masyarakat Muslim, dengan izin Allah akan berbuahlah gaya hidup masyarakat yang saling membantu, menghormati, berbakti, bersimpati, berkasih sayang, bertimbang rasa dan pemurah kepada golongan yang memerlukan bantuan dan berada dalam kesempitan.
Sifat ithar ini telah terzahir melalui kisah pada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ketika kaum Muhajirin dari Makkah berhijrah ke Madinah. Kaum Muhajirin meninggalkan kampung halaman mereka di Makkah semata-mata kerana Allah subhanahu wataala. Mereka tidak membawa bersama mereka kecuali sedikit sahaja harta dan bekalan. Namun, sesampai sahaja di Madinah, mereka disambut dengan baik oleh kaum Ansar. Bukan itu sahaja, malah kaum Ansar melebihkan keperluan kaum Muhajirin daripada keperluan diri mereka sendiri.
Sifat ithar kaum Ansar ini sebenarnya telah dipuji oleh Allah dalam surah al-Hasyr, ayat 9:
"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelu mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat- sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya."
Malah dalam kisah permulaan Hijrah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga kita dapat melihat peristiwa ithar, iaitu ketika Saidina Ali sanggup mengambil tempat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam untk tidur di katil baginda pada malam Rasulullah dan temannya Abu Bakar radiallahuanhu akan bertolak ke Madinah. Padahal, Saidina Ali tahu rancangan kaum Musyrikin hendak membunuh bagnda pada malam itu. Silap-silap haribulan, nyawanya pula yang akan melayang. Namun itulah pengorbanan dan sifat ithar Ali yang tiada tolok bandingan.
Dalam hal mengenai ithar ini Dr Mustafa as-Siba'i pernah berkata dalam salah satu artikelnya, "...sedangkan mendahulukan kepentingan orang lain di atas kepentingan diri anda yang lebih dari itu; inilah yang dipuji oleh syariah dan oleh prinsip-prinsip akhlak. Ia adalah sikap mendahulukan kepentingan orang lain yang berdasarkan kesedaran peribadi, bukan kerana paksaan undang-undang. Dan ia tidak didorong oleh kepentingan duniawi atau kenikmatan yang sementara.
"Malah dalam tindakannya itu ia memilih untuk tidak mendapatkan kesenangan peribadi, memilih susah daripada senang, memilih lapar daripada kenyang, dan memilih mati daripada hidup. Keindahan pengorbanannya itu tidak dirosakkan oleh keinginan untuk mendapatkan pahala atau pujian, kerana pahala dan pujian itu adalah suatu perkara maknawi yang diharapkan dari alam ghaib. Siapa yang memberikan sesuatu manfaat material kepada manusia dengan harapan mendapatkan balasan maknawi, maka ia bererti telah memberikan suatu bukti bagi jiwa yang lebih banyak memberi dibandingkan mengambil. Sungguh, hal ini adalah kemuliaan dan ketinggian yang paling utama dan petunjuk kebaikan dan keutamaan yang paling kuat."
Lawan kepada sifat ithar ialah sifat "ananiyah", iaitu pentingkan diri sendiri. Sifat ini membawa maksud menyayangi diri sendiri sehinggakan mendahulukan kepentingan diri sendiri semata-mata tanpa menghiraukan keperluan orang lain.



Mereka yang bersifat ananiyah adalah orang-orang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak akan memikirkan kepentingan orang lain, sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Mereka ini bukan sahaja tidak akan mendapat keampunan pada hari akhirat kelak, malah akan mendapat azab seksa yang pedih.
Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu katanya, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Tiga macam orang bukan sahaja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan dia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at (sumpah setia) pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”
(Riwayat Muslim)



Malah dalam al-Quran Allah turut menempelak orang-orang kafir yang mempunyai sifat mementingkan diri sendiri ini:
“Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu-padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah-belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ialah kaum yang tidak mengerti.”
(Al-Hasyr: 14)


Sunday, June 12, 2011

Untuk menjadi sahabat yang baik?

1.memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu.

2. Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.

3.Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dan meminta.

4.Menyembunyikan segala rahsia sahabat.

5.Menceritakan atau menyampaikan puji-pujian orang terhadapnya. Jika menyembunyikannya bererti menyimpan rasa dengki dan iri hati.

6.Tidak menceritakan kejian atau celaan orang untuk mengelakkan rasa kurang senang dan terjadi krisis.

7.Memberi perhatian ketika dia bercakap.Tidak memotong cakapnya dan tidak sekali-kali bersikap endah tidak endah dan acuh tidak acuh.

8.Tidak berbantah-bantah atau berbalah-balah lebih-lebih lagi hingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan.

9.Memanggil sahabat dengan panggilan atau nama yang disukainya sama ada didepan dan dibelakangnya.

10.Melahirkan kegembiraan apabila diberi pertolongan, hadiah atau jasa baik shabat.

11.Tidak menyebut-nyebut atau mengingat-ingat kesalahannya dan keburukannya.

12.Tidak berburuk sangka kepada sahabat.Memandang sikapnya dengan pandangannya yang positif.

13.Memberi nasihat kepada kesalahan dan kelalaiannya.Tegur dan beri nasihat secara rahsia dan berkhemah.

14.Sentiasa mendoakannya sama ada dia masih hidup atau meninggal dunia.

15.Manjalinkan kasih sayang hingga ke akhir hayat. (tali silaturrahim).

16.Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia rasa terbeban.

17.Merasai apa yang dirasainya sama ada susah atau senang.Gembira dengan kegembiraanya dan bersedih 
dengan kesedihannya.

18.Berterima kasih diatas kebaikannya.


* CINTAI LAH SAHABAT-MU KERANA ALLAH SWT...SESUNGGUHNYA SAHABAT ITULAH YANG AKAN MENDAMPINGIMU KETIKA KAMU BERJIHAD DI JALAN-NYA

Wednesday, June 8, 2011

Sajak Keinsafan :)

Merasai Keinsafan.


Bismillahirrahmanirrahim..

Wahai sekeping kertas
Biarlah aku menulis
Dengan sepenuh perasaan
Tanpa ragu-ragu
Biarlah aku menulis
Tanpa sedikit pun kekesalan dalam diri ini
Biarlah aku menulis bersama duniaku
Yang dipenuhi dengan bermacam-macam imaginasi
Biarlah aku menulis dengan airmata
Yang mengalir kerana sedih, gembira
Kerana aku hanyalah manusia lemah
Yang selalu melakukan dosa
Kerana aku jugalah manusia lemah
Yang selalu melupakan DIA

Aku hidup hanya kerana
Aku adalah khalifah di muka bumi ini
Tetapi aku tahu
Aku gagal menjadi khalifah itu
Ketika di Loh Mahfuz dulu
Aku pernah berjanji
Aku akan beribadah hanya untuk-MU
Tetapi aku gagal melaksanakannya


Aku lalai dengan duniawi
Yang penuh dengan drama dan tipu daya
Aku leka dengan zaman ini
Yang penuh dengan gelak ketawa
Tetapi penuh dengan dusta
Aku tertipu dengan semua ini
Aku termakan dengan janji-janji dunia

Ampunkan aku YA RAHMAN...YA RAHIM...
Ampunkan aku
Yang terlalu leka dengan duniawi
Ampunkan aku yang selalu melupakan-MU
Ampunkan aku
Yang sentiasa tertipu
Dengan helah-helah mereka yang juga leka
Ampunkan juga dosa-dosa kedua ibubapaku
Mereka terlalu baik untukku
Mereka terlalu sempurna untukku

 Maafkan aku
Kerana tidak menghargai mereka
Maafkan aku
Kerana telah membuatkan mereka menitiskan air mata
Kerana kesalahanku

Ampunkan dosa-dosa umat ISLAM
Ampunkan mereka YA ALLAH
Kerana mereka tidak sedar
Mereka masih ada ALLAH
Yang selalu membuka pintu taubat untuk mereka
Ampunkan mereka YA ALLAH

Ampunkan aku YA ALLAH
Kerana telah mencintai seseorang lebih dari-MU
Ampunkan segala dosa-dosaku YA ALLAH.

Wednesday, June 1, 2011

Kera Bertudung?

Assalamualaikumm~

arini balik dr opis awl skit..
then smpi time bce email..
oh..spupu ade tag fb kt post rupanya..alamak..lmbt bukak ni..agk2 die marah x..ngee..jgn marah ek my cuzi~ nti kite diskus2 plan itu ek.. heheheee 
mmg klu xde sapa usik my fb xkn bkk..email pon dh tkr ke email yg jrg dibkk.. =p
ok2..back to topic..
then bkk fb..byk notification..wooo..
bkk satu2 link..right click-new tab..right click-new tab..kira cm pending reading la tu..hehe
then jmpe link dr post ridza..
hm..mcm mnarik..
something worth to share to all muslim ladies out there..
click link bwh utk baca..enjoy~ :)


so bak kata signature stiap post blog ni 
**Berpakaianlah mengikut cara Islam agar diri anda dimuliakan. Amin
hehehee ^^

Saturday, May 28, 2011

Game Penguin~ :p

Dok bosan2..tetiba sepupu cute ku ajar main game flash kt Y8..wahaha..comey2..tenkiu dear iefa~
klu nk main bleh click kt gmbr bwh ni :D

Penguin_diner_2
Penguin Diner 2
Click here to play this game

Sunday, May 22, 2011

Since its Always Raining Everyday~

Here a song..about how things are going on~ ^^

  

When the storm is at its highest
And I look into your eyes
I see a shaded picture
That matches with the sky
I'm looking up at the clouds
It's looking like it's gonna rain on us
But that's nothing new
Cause somehow it seems that's all we do

We're like raindrops on rooftops
Falling crashing hard
And break into these parts
We're like raindrops on rooftops
Falling in and out of love
We pray these storms will clear up
Cause what's become of us is like raindrops on rooftops

And we fall down
And we fall down
And we fall

So now the tears are forming puddles
And bed has turned into double
And happiness is fading
And clouds are rearranging
I'm looking up at the sky
It's looking like it's gonna rain on us
But that's nothing new
Cause somehow it seems that's all we do

We're like raindrops on rooftops
Falling crashing hard
And break to all these parts
Cause when it rains it pours (yea)
We're like raindrops on rooftops
Falling in and out of love
We pray these storms will clear up
Cause what's become of us is like raindrops on rooftops

We fall we fall down
We fall we fall down
We fall we fall
We fall we fall down
We fall we fall down
We fall we fall down
We fall we fall

And I just want to say that I'm sorry for letting
us get to the point where all this doesn't make sense
You know that you're the one I love with all my heart
But this is crazy the way you got me lately wondering where our paths will lead
Or will we always be?

Like raindrops on rooftops
Falling crashing hard
And break to all these parts
Cause when it rains it pours (yeaa)
We're like raindrops on rooftops
Falling in and out of love
We pray these storms will let up
Cause what's become of us
It's like raindrops on rooftops

Oh whoa oh whoa
Oh whoa oh whoa
Oh whoa oh whoa
Oh whoa oh whoa
We're like raindrops on rooftops
Oh whoa oh whoa
Oh whoa oh whoa
We're like raindrops on rooftops
Oh whoa oh whoa
Oh whoa oh whoa
Budda daaa boo boo
Raindrops on rooftops