CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 12, 2011

Untuk menjadi sahabat yang baik?

1.memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu.

2. Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.

3.Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dan meminta.

4.Menyembunyikan segala rahsia sahabat.

5.Menceritakan atau menyampaikan puji-pujian orang terhadapnya. Jika menyembunyikannya bererti menyimpan rasa dengki dan iri hati.

6.Tidak menceritakan kejian atau celaan orang untuk mengelakkan rasa kurang senang dan terjadi krisis.

7.Memberi perhatian ketika dia bercakap.Tidak memotong cakapnya dan tidak sekali-kali bersikap endah tidak endah dan acuh tidak acuh.

8.Tidak berbantah-bantah atau berbalah-balah lebih-lebih lagi hingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan.

9.Memanggil sahabat dengan panggilan atau nama yang disukainya sama ada didepan dan dibelakangnya.

10.Melahirkan kegembiraan apabila diberi pertolongan, hadiah atau jasa baik shabat.

11.Tidak menyebut-nyebut atau mengingat-ingat kesalahannya dan keburukannya.

12.Tidak berburuk sangka kepada sahabat.Memandang sikapnya dengan pandangannya yang positif.

13.Memberi nasihat kepada kesalahan dan kelalaiannya.Tegur dan beri nasihat secara rahsia dan berkhemah.

14.Sentiasa mendoakannya sama ada dia masih hidup atau meninggal dunia.

15.Manjalinkan kasih sayang hingga ke akhir hayat. (tali silaturrahim).

16.Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia rasa terbeban.

17.Merasai apa yang dirasainya sama ada susah atau senang.Gembira dengan kegembiraanya dan bersedih 
dengan kesedihannya.

18.Berterima kasih diatas kebaikannya.


* CINTAI LAH SAHABAT-MU KERANA ALLAH SWT...SESUNGGUHNYA SAHABAT ITULAH YANG AKAN MENDAMPINGIMU KETIKA KAMU BERJIHAD DI JALAN-NYA

0 comments: